Skip to main content

Terma dan Syarat Permohonan Takaful

1. Semua maklumat yang diberikan hendaklah benar, tepat dan lengkap.

2. Pemohon hendaklah mendedahkan dengan jujur semua maklumat berkaitan status kesihatan, sejarah perubatan, pekerjaan, gaya hidup dan maklumat lain yang diperlukan.

3. Sebarang maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau disembunyikan boleh menyebabkan permohonan ditolak, sijil takaful dibatalkan atau tuntutan tidak dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat syarikat takaful.

4. Penghantaran borang ini tidak menjamin kelulusan perlindungan takaful.

5. Semua permohonan tertakluk kepada proses penilaian, underwriting serta kelulusan syarikat takaful yang berkenaan.

6. Pemohon bersetuju untuk dihubungi bagi tujuan konsultasi, semakan keperluan perlindungan dan penyediaan sebut harga.

7. Syarikat takaful berhak meminta maklumat atau dokumen tambahan sekiranya diperlukan untuk tujuan penilaian permohonan.

8. Semua maklumat peribadi yang diberikan akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi laman web ini dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

9. Dengan menghantar borang ini, pemohon mengesahkan bahawa beliau telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.

10. Risiko Maklumat Tidak Tepat
Pemohon memahami bahawa sebarang maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak didedahkan dengan jujur boleh menyebabkan permohonan ditolak, perlindungan takaful dibatalkan, manfaat dikurangkan atau tuntutan tidak dapat diproses, tertakluk kepada terma dan syarat syarikat takaful.